Saturday, May 7, 2011

wayang lagi

semalam tengok cita nie.


kat sini.


jalan cita camni.


kamera pusing2, kepala sudah pening.
1st time tengok cita hantu melayu kat wayang.
dan mungkin kali terakhir. sumpah x best.
ok. 2 je !


Friday, May 6, 2011

wayang pulak

kalau time cuti, tak tengok wayang memang tak sah.
bukan cuti la namanya. dengan kecomelan  skill yang ak ada,
ak berjaya tengok wayan free!! hehe.
untung la ada akak yang comel, bleh blanja tgok wayang. :)

vanue : TGV, 1st Avenue Penang. shopping mall bru bukak kat penang.
masok dalam mall nie da mcm kat KL da. STYLE ! tp mcm biasa la. banyak kedai xbukak lagi.

van tu bukan aku punya
ok ! skang nie mcm2 banyak cita best kat wayang. last pilih cita nie gak nak tgok.

eh. silap gamba plak. hehe


dari kiri : Thor, Odin, Loki. hehehe.

maleh nak cita sinopsis movie nie. baca jela kat sini
movie nie grafik dya memang terbaek & superb laa ! jalan cita pown x mengecewakan just watak jahat dalam cita nie senang jaa kena bunuh. muka ganas tapi kena tembak  skali jaa da mati ! *( tembak ngan tongkat  Loki. hehehe ) 
nie laa watak jahat yang xbpa nak jahat tu

err. da pukul bpa nie ? smyg jumaat ! adoi. nak p siap. lambat t kena rembat ngn mak ak lak ! 

Tuesday, April 12, 2011

Polimer

manusia : kau amek kos ape kat u ?
aku : aku? diploma teknologi polimer !
manusia : POLIMER ? (sambil melopong). ape tu ?
aku : dulu panggil teknologi plastik & getah. skang polimer.
manusia : ouh. ingatkan ape tadi. gtaw la awal-awal pastik getah !
aku : yela (memaki hamun dalam hati)
manusia : da tu keja kilang la nanti kan ?
aku : mungkin~

aku sering kali menghadapi situasi sebegini. ramai yaang masih tak tahu apa itu polimer. 
parents aku sendiri pown tak tahu apa itu polimer masa aku mula-mula dapat tawaran dulu.

Polimer berasal dari perkataan Greek iaitu 'Poly' yang bermaksud banyak manakala 'Mer' yang menbawa maksud bahagian. Dalam bahasa saintifik ialah salah satu cabang ilmu kimia yang mengkhususkan kajian tentang percantuman ikatan karbon yang panjang lalu menbentuk polimer.

MONOMER-MONOMER=POLYMER

 kalau aku terangkan kat makcik atau pakcik sebegini, pastinya aku akan di baling kasut saiz 12. hehehe.

takde yang lagi besar ke?
OK !
cukup setakat tu. banyak sangat melalut nie. Skang nak cita pasal bidang kerja dalam polimer nie. dapat tahu pown bila course aku ada kan satu program yang di namakan Prospek Kerjaya. lau tak, aku sendiri pown tak taw apa bidang kerja polimer. tapi lepas aku pegi program tu, nie yang aku dapat  tahu :

1. Polymer Synthesis - penghasilan getah, kilang penghasilan produk getah.

2.Polymer Composite - kawasan pelabuhan kapal.

3.Polymer Electrolyte -digunakan dalam laptop, bateri handset, ngan driller.

4.Polymer Testing - dalam bidang standard bodies. CSA, SIRIM, UL.

5.Polymer Blends - automotif, perabot, aeroangkasa. (yang nie aku nak)

banyak nie jela yang dapat dinyatakan. yang lain-lain banyak lagi aku tak salin sebab aku dah mengantok amat sangat. maklumlah, tiap-tiap malam aku STUDY ! HAHAHA ! rajin kan? =.='

Thursday, April 7, 2011

manusia di sebalik cermin

agak panas cuaca hari itu. mencecah 38 degree celcius agaknya. mungkin ?
berjalan pulang budak lelaki itu dari kelas. hari ini dia keseorangan. lagi !
mencari tempat untuk berteduh. lalu memilih jalan berdekatan bank Islam.
cermin di bank Islam itu agak kabur. mungkin jarang sekali di bersihkan. 
seringkali ditampal dengan iklan-iklan rumah sewa dan barang hilang.

kunci hilang

wallet hilang

manusia di sebalik cermin itu seakan berkata-kata.

"hei budak, cermin diri sket. jangan perasan sangat."
"jangan berharap sangat la kau tu. dia bukan untuk kau. kau tu gemok"
"siapa kau nak kat dia 2? pikir la sket "
"ibarat emas dengan karat. kau bukan siapa-siapa. sedarilah! "
"bangun dari tidur, jangan terus bermimpi"

budak lelaki itu amat mengenali bayangan di sebalik cermin itu.
sudah lali berkata-kata dengan cermin. berjalan pulang budak lelaki itu dengan 
semangat baru. semangat baru? sampai bila agaknya.


nota kaki : budak lelaki itu bukan aku. aku tough dan sasa! hehehe.