Thursday, May 26, 2011

best bila kena tipu ngan member !


TERIMA KASIH LA KAWAN SEBAB TIPU AKU 
OK. 2 JA !



untuk kawan : once your lies are exposed, you might not feel embarassed, but once your true feelings are exposed, you will definitely be humiliated !

Wednesday, May 25, 2011

aku Dekan 4 Flat ?

aku dapat 4 flat ??
tahniah la. itu pown kalau betol.
Dekan pown xsampai.
3 pointer pown tekedek-kedek.

tp Alhamdulillah la even xdapat Dekan,
result aku sem nie meningkat byk dari sem lepas.
siyesly memang tringin gila nak ras result gempak macam kawan2 aku.

nak gak rasa STRAIGHT A'S
4 FLAT
DEKAN
OVERSEA.

tapi aku pemalas. 
nak wat camne. trima jela.

sem lepas banyak men.
pagi DOTA
petang Need For Speed
malam movie.

tapi sem 2 nie,
pagi study,
tengahari study,
petang study,
malam study,
tengah malam pown study.

OK ! AKU TIPU !
mustahil la ak study sampai camtu. 
kalau betol memang aku da Dekan da.
kan ?


nota lekat : agak frust sebab target fizik A tapi cuma dapat B+. btw, Alhamdulillah~

Saturday, May 21, 2011

call free ?

malas sebenarnya nak update blog nie. bukan ad orang nak baca blog ak pown. kan ? kan ? tapi dah bosan, bosan, dan bosan punya pasal,
ak memaksa kan diri utk update gak blog nie.
takkan nak biaq blog nie besawang.
tapi lantak la besawang ke, belumut ke.
bukannya ada yang nak baca.
hehehehe.


okeh, berbalik kpda tajok entry nie, call free ? 
jadi apa masalahnya ? besday aku ke dapat call free ?
rasanya tak sebab besday aku lambat lagi.
hmmmmmmm.
*ke sebab ak COMEL ?
oh pleaseee la. tolong jangan perasan.

rasanya tak ! tapi napa tiap2 bulan Maxis bagi aku call fee ?
140 minit for a week
kalau call free ja xpa. nie tambah plak ngan 100 sms free lagi.
huh ! nie yang aku marah sangat. sangat !
dah bagi call ngn msg free tapi xgtaw sebab dan musabab.
*bukan musibat
dah 4 bulan Maxis bermurah hati bagi benda nie.
dan dah 4 bulan gak ak tertanya-tanya.

Mengapa ?
Kenapa?
Pasaipa?
Awat?

untuk Maxis : tahniah sebab pandai pilih orang nak bagi call free. hehe. trima kaseh la banyak2 !

dalam otak : nak ikut akak balek shah alam ke xmo ? nak ikut akak balek shah alam ke xmo ? arghhhhh ! fed up !

Tuesday, May 17, 2011

dimana kau sayang?

masok skang nie, dah 172 minit saya cari awak sayang.

ke mana awak menghilangkan diri ?

awak taw x yang saya sayangkan awak sangat2.

saya xbleh hidup tanpa awak.

sedihnya :(

kenapa awak wat mcm nie kat saya ?

 kembalilah pada saya. 

oh sayangku~


oh Hard Disk ku sayang. dimana kau?

ak nak men game.

time2 nie gak nak hilang.

ada gak lappy nak kena baling.

arghhhhh~!!!!

moral of the story : jangan men campak ja barang merata2. nanti menangis nak cari. huh !
mood : tension terkentot2 =.='

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

 أ ب ت

A B C D E 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


benda nie sume kita dah blaja time kita kecik-kecik dulu. sebelum masuk tadika lagi mungkin kita dah blaja benda nie ngan mak ayah kita. tapi, siapa yang menguatkan lagi ingatan kita utk blaja benda nie ngan lebih mendalam? dari A sampai Z. 1 sampai Infinity. Alif sampai kita bleh baca Al-Quran. siapa ? siapa mereka ini ?

Doktor ? Engineer ? Menteri ? Nelayan ? Makeup artis? 

ya. jawapannya mudah. seorang GURU ! terpulang la nak panggil guru ke, cikgu, ustaz ustazah, sir madam ke, yang penting kita kenang jasa guru-guru kita dan manfaatkan ilmu yang mereka curahkan dengan sebaiknya. bagi aku, bukan mudah nak jadi guru nie. nak mendidik anak orang. kalau silap sikit, macam2 la kena fire. 
*aku pown slalu fire cikgu aku time skola gak. hehehe

Ok. penuh feedback kat facebook ucap Selamat Hari Guru. ikhlas ke idak aku xtaw. hahahaha. sori !
tp ada sebahagian yang agak menarik bagi aku. macam nie :

Naib Canselor UiTm ----> Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar :
Apa makna GuRu. Gu means darkness and RU means brightness. Dari gelap ke cahaya. Itu lah tanggung jawab GURU. Selamat hari GURU

nie cikgu skola aku dulu ----> Mohamad Mustakhim Sahak : 
if dulu murid kena rotan,muka takut cam nak pengsan but now sikit tak heran. if dulu murid kena rotan mak ayah sokong dr belakang but now siap kena serang. if dulu kena rotan tak marah guru sbb sayng but now keta cikgu siap kena cakar dr depn till belakng. kesian para guru. ANYWAY , SELAMAT HARI GURU.

sebahagian yang lain : 

Happy teacher's day! Thank you for your teachings and the time youve spent to train us better. Terima kasih

Selamat hari guru untuk guru-guru di seluruh Malaysia. Jasa kalian semua akan kami kenang hingga ke akhir hayat. Terima kasih cikgu!

nie para2 facebookers sekalian :

SLAMAT HARI GURU,HARI LECTURER,HARI CEKGU,HARI USTAZ,HARI USTAZAH, tak haram kn smbut hari guru?


Oh guru ...
Rela dirimu berkorban keringat dan masa ...
Asalkan terjamin masa depan anak bangsa ...


Oh guru ...
Ilmu kau curahkan penuh tabah dan sabar ...
Demi melihat kejayaan kami terlakar ...

Oh guru ...
Tak mampu ku balas segala jasa dan pengorbanan ...
Hanya doaku, moga Syurga Allah menjadi balasan ...

Terima kasih banyak wahai para guru ...
Kerana menjadikan aku insan berilmu ...


kepada semua cikgu-cikgu ku yang pernah mengajar saya,
menampar laju laju,
merotan punggung serta tapak tangan, 
mendenda jalan itik kat depan kelas,
mendemerit dengan bangganya,
mentarah rambut hingga botak PLKN,
mencubit sampai lebam,

SELAMAT HARI GURU !!!!!!!


nota pusat : macam la cikgu2 aku bukak blog nie nak baca. hehehe. poyo ja lbey aku nie.



cuaca panas da berakhir ?

sepanjang minggu lepas, cuaca memang panas sangat-sangat.
kat dalam rumah pown panas, apatah lagi kat luar. bergelen-gelen peluh aku hasilkan.
kalau garam kat umah abeh, hehehehe. pandai-pandai la.

masa cuaca panas tu, setiap sejam jaa, aku cari air sejuk ! paling kurang pown ais kosong.
time panas-panas terik tu, kena cendol ngan ais kacang, baru terangkat !

ini ais kacang. betol. xtipu.

tapi rasanya dua tiga hari nie, cuaca panas da berakhir kot. agaknya la.
ak bukan pakar kaji cuaca nak taw cuaca panas, hujan, ribut, mendung, moody.
*moody tu cuaca ke?

yang aku taw, hujan turun lebat semalam. macam nak banjir da rasanya.
kena standby bot, kapal selam, rakit sume2 la. hehehe. 
umah ja da bape kali banjir. kat UiTM pown kena banjir lagi.


sebelum

adik aku punya

mak aku punya

haaa. yang nie baru aku punya

selepas

harap-harap hujan lebat tu x la sampai banjir. 
penat nak mengemas tu jangan tanya la. seminggu x abeh.
pape pown aku lega sikit sebab cuaca dah x panas sangat macam
minggu lepas. Alhamdulillah~

Dugaan ja suma nie. baru panas kat dunia.
Panas kat AKHIRAT nanti ??????



Saturday, May 7, 2011

wayang lagi

semalam tengok cita nie.


kat sini.


jalan cita camni.


kamera pusing2, kepala sudah pening.
1st time tengok cita hantu melayu kat wayang.
dan mungkin kali terakhir. sumpah x best.
ok. 2 je !


Friday, May 6, 2011

wayang pulak

kalau time cuti, tak tengok wayang memang tak sah.
bukan cuti la namanya. dengan kecomelan  skill yang ak ada,
ak berjaya tengok wayan free!! hehe.
untung la ada akak yang comel, bleh blanja tgok wayang. :)

vanue : TGV, 1st Avenue Penang. shopping mall bru bukak kat penang.
masok dalam mall nie da mcm kat KL da. STYLE ! tp mcm biasa la. banyak kedai xbukak lagi.

van tu bukan aku punya
ok ! skang nie mcm2 banyak cita best kat wayang. last pilih cita nie gak nak tgok.

eh. silap gamba plak. hehe


dari kiri : Thor, Odin, Loki. hehehe.

maleh nak cita sinopsis movie nie. baca jela kat sini
movie nie grafik dya memang terbaek & superb laa ! jalan cita pown x mengecewakan just watak jahat dalam cita nie senang jaa kena bunuh. muka ganas tapi kena tembak  skali jaa da mati ! *( tembak ngan tongkat  Loki. hehehe ) 
nie laa watak jahat yang xbpa nak jahat tu

err. da pukul bpa nie ? smyg jumaat ! adoi. nak p siap. lambat t kena rembat ngn mak ak lak !