Saturday, August 27, 2011

Polymerians ?

 dah nak raya tapi aku sikit pown takdak mood.
dapat balik rumah da cukup heaven.
tak raya pown takpa. sebab ASSignment tak siap lagi.
balik raya nanti test berlambak lambak.

nak cerita sikit pasal budak kelas aku. tapi tak semua la.
yang tertentu sahaja. hehehe.
especially our brothers.

THE RYZUL'S BROTHERS
Polymerians?


Geng-Geng Kolej

ini Khairi aka Ery. nie kawan baik aku kat UiTM nie. yeke baik ? beliau suka mengaku ustaz. kononnya la. masa mula mula kenal beliau time part 1 dulu, aku ingatkan beliau nie budak KL tp rupa rupanya budak negeri kijang. Yup, KELANTAN ! hahaha. yang best nya beliau nie, beliau takdak la semangat kesukuan, kenegerian, keassobiahan yang kuat. biasa biasa ja. usaha lebih sikit kawan. InsyaAllah kita naikkan pointer sama sama ! aku doakan jodoh hg panjang. takyah asyik nak gadoh sangat. dalam kelas jangan dok men mesej na. hehehehe.

yang nie pulak Helmie. kitorang panggil Emi. satu satunya member yang pernah tidoq kat umah aku. mamat nie gedik sikit. mengaku Aaron Aziz. urgh, please la ! hahaha. beliau sangat berbangga dengan negeri kelahiran beliau. budak Negeri Sembilan. tiap tiap benda yang beliau cakap mesti nak kaitkan negeri sembilan. pastu asyik tak puas hati ngan penang. penang ada aku, sebab tu lagi best dari negeri sembilan ! pape pon thanks sebab jadi pendengar yang setia (^_^)Y
lastly : IBBBBUUUUUUUU !!!

haaaaaa. nie pulak top scorer kos aku. memang pandai la. jeles aku tengok. darah beliau darah putih. maklumlah anak Langkawi. nama beliau fitri. bleh panggil abah. dekan tiap tiap sem. beliau pandai tapi tak kedekut ilmu. kalau aku tak paham pape, memang beliau la jadi tempat rujukan. beliau amalkan minum bliss untuk cepat kurus. tapi ternyata tidak BERJAYA ! hahahahaha. ouh sori terpecah rahsia. ingat 1 ja aku nak cakap "kekuatan sebenar bukanlah terletak kepada ketinggian semata-mata" hehehe. *beliau kurang tinggi, bukan pendek :D

si kacak bergaya tampan menawan cantik rupawan kentot merata-rata pulak nie diberi nama azarul. dok kat jitra. geng nasyid UiTM. nama glamer Shudup, JB, Jin, Uncle, Jus Jambu Badan Tegap ! hohohoho. sori kawan. nie lagi sorang gak aku jeles kadang kadang dalam study. orang sibok pulun study time exam, beliau bleh plak men PES. tak men PES, bleh plak wat taik mata. dah tu pointer elok ja. mekasih sebab slalu bagi pinjam moto. jadi berani sikit depan orang yang hg adore tu. jangan malu sangat. nak ja aku sepak.

Muzammil aka Amil. sorang lagi anak kelahiran negeri hobin jang hobin. slalu sangat pasang lagu tu time member member tengah tension study. rasa nak hempas ja henset beliau gara gara asyik ulang lagu yang sama seribu kali. huh ! beliau memang terkenal dengan keBAJETan nya. maklumla, anak bongsu ! hehehe. dulu aku benci tapi at last aku da dapat terima sebab beliau macam just be yourself  la. tak hipokrit. bagos tu.  beliau rajin study. rajin p library. suka makan nasik goreng cili padi exta pedas 3 x . last skali, kalau member cakap, dengaq leklok. mata jangan dok melilau merata rata. :)


Geng-Geng NR

naufal aka apai si misai tanglung. seorang photographer kelas la katakan. nampak macam pendiam tapi rupa-rupanya beliau pandai berkata kata. asal Johor Bahru. sama-sama carry paper math ngan aku. nak tulih pa lagi na ? aku pown tak tau sebab tak banyak benda yang aku tau pasai beliau nie. hahaha. tapi yang aku taw, beliau amat meminati, menyayangi, merindui motor LC (ada kisah di sebaliknya) ! hahaha. jangan marah apai. sama2 kita abehkan paper yang kita carry ! kita pandai tapi kita malaih sikit ja. btoi tak ?

Faiz aka Paet Panjang. ketinggiannya melampau lampau. kalau aku berdiri sebelah beliau, sah2 la aku lagi pendek. berdiri paras halkum beliau sahaja. dok kat Sungai Petani (sempadan penang), tapi tak pernah singgah umah aku. hahaha. macam ni la member kan. best sembang ngan beliau nie. friendly tapi kalau paku orang, siap la. math dah la dapat highest dalam kelas ! hahaha. Paet, tak yah nak kemaih sangat la wei. maen RANJAU pown kalah ngan aku. hahahahaha !

alleycat kah beliau ? nama manja beliau Tok Wan ! nama IC Ashrul. budak 1 negeri ngan aku.  steady Penang ! haria penang haria ! beliau seorang yang takdak perasaan marah kowt aku rasa. rilek n cool ja. aku pown tak pernah tengok beliau marah. rambut beliau paling stail dalam kelaih. rambut ala ala dawai besi cuci bontot kuali la. hahaha. jangan marah tok wan. nanti aku belanja ciken chop kat kedai AIDY.

hoi botak ! tapi dulu la botak. skang dah ada rambut. dulu kan lepasan PLKN (yeke ? aku pown tak pasti ) tengok sendiri la kat baju koprat beliau. kan ada tulih nama beliau botak. tapi atas surat beranak nama beliau Aidil. beliau seorang yang agak manja (cara cakap). lawak tapi otak tu asyik nak kenakan orang. budak Selangor tapi aku lupa selangor area mana. untuk botak, tak payah la nak dengki sangat ngan taik lalat aku nie. nie aset paling berharga taw tak. hehehe.

yang nie pulak namaya Tarmizi. bleh panggil mizi. asal shah alam. tapi time aku mai shah alam, bukan nak bawak aku jalan jalan kat sana. tapi bagi aku beliau nie sporting ja. cool ! beliau nie sibok ja nak taw blog aku. slalu dok mintak link. bukan ada apa pon blog nie. aku suka suka ja pon. hehehe. awek beliau budak penang. bangga aku ! hohoho. jaga awek hg elok elok. budak penang tu. orang kampung aku. skang da dapat taw blog aku. puas hati ? last word : so far away ! hahaha.

Iejat. tiket balik Johor bape ringgit ? bape jam perjalanan ? satu hari ??? tiket harga 90+++ ??? pergh. mahai kowt. tiket balik penang RM 11.90 sahaja. aku ulang RM 11.90 sahaja !! jadi tak payah la nak bangga sangat kalau dapat balik umah tu. penang ke arau tak sampai 3 jam la bai. hehehehe. lu cakap lu mat rempit, angkat lu punya moto, turun penang la ! hahaha. lupa nak gtaw. nama beliau Izzat. best lepak ngan beliau nie.
tak pandai marah jugak. aku suka stail hg :P

Mawardi. lagi sorang dekan yang aku salute. sangat rajin, pandai dan komitmen dalam menyiapkan tugasan ( skema tak ayat aku ) beliau dilahirkan di Pulau Pinang. ya, negeri kelahiran aku. Adi, bila nak try men Ranjau lagi. hg ingat hg sorang ja tek ranjau, aku lagi power la wei. hehehehe. teringin nak jadi rajin dan pandai macam adi nie. math cukup power. math tu macam ayaq liuq beliau la. hehehe. mekasih sebab banyak jugak ajaq aku time kelas.

hidup Yan, Izzul ! dengaq nama beliau ja, 1 UiTM taw yang beliau nie sorang yang sangat pemalu. bleh panggil beliau kaboi .kalau nak suruh bercakap dalam kelas tu,, memang susah. dalam mulut hg ada diamond kowt aku rasa. tapi disebalik sifat pemalu beliau, bab2 menghafal beliau no 1. time test PST org laen tulih dalam bentuk point. beliau dengan rilek nya tulih sebijik sebijik essay yang telah beliau hafal tu. izzul, ingat rahsia kita tu, angkat kayu besbol tibai kepala dya. hehehe.

Geng-Geng Hibari

satu satunya budak negeri penyu beteloq. nama beliau sapa ? nama beliau Sarah. nama glamer pown Sarah. glamer ke beliau ? geng2 beliau panggil beliau akak. mungkin sebab muka beliau agak matang kowt. beliau kawan rapat aku jugak la kat U nie. mula rapat time awal part 2. pointer aku ngan beliau sama ja. dari part 1 kitorang lawan pointer. tapi CGPA beliau menang ngan aku. lebih 0.02 ja ! beliau seorang yang AYU ! betol ke ayu ? hehehehe. mekasih sebab bg hadiah time besday aku dulu. mekasih gak sebab banyak tadah telinga dengaq masalah aku. jangan la asyik nak gadoh ngan aku ja. ak taw aku salah kan ?
Today My Life Begins ! =)

masa part 1 dulu rapat sikit sikit ngan beliau nie. Nama beliau Syahira. nama budak beliau Adik. nak panggil bolat pown boleh jugak. hehehehe. Ira, aku rindu beliau ! hahaha. sekadar ayat ja la. takyah la nak tanya aku beliau tu sapa. saja ja wat ayat la wei. jam baru tu jangan bagi rosak. jaga elok elok sebab aku yang pilih tu. hehehe. nanti da kawen ngan cik Busku tu jangan lupa jempot kawan kawan nie suma. 
1st time tengok hg nangis aritu. kuat k !

si gadis manis ini pulak namanya Dewi. bleh panggil Orig ( berok dalam cita Duyung tu ) hahaha. beliau ada kembar. beliau sorang yang agak gila gila. brutal la katakan. yang best nya beliau nie layan One Piece (anime) gak sama ngan aku. tapi aku tak puas ati sebab beliau da tengok episode lagi jaoh dari aku. huh ! haaa, satu lagi, beliau cakap beliau tak pandai speaking tapi time speaking test aritu, fluent ja cakap. sori sebab aku diam time speaking aritu. otak blank lepas dapat soklan. kim salam kat Sumon. hehehe.

yeah akhirnya ! mama kawasan kitorang. Mama, we all love you !! ( urgh, please la ). Nama diberi Siti Nurkelisa. eh silap. nama beliau Hashmie. hehehe. suara beliau nie sungguh sedap lunak merdu la katakan. ala ala siti nurhaliza. dulu masa part 1, aku tak suka beliau nie ( sikit lagi tahap benci ). sebab aku ingat beliau nie sombong. bukan aku nak ngorat hg pown. hahaha. tapi at last sume orang taw mama nie penoh dengan sifat keibuan. tapi keNEVESan beliau mengatasi segala gala nya. tambah tambah neves beliau time wat presentation kat depan. neves time tunggu bas lambat nak balik perak. hehehe. mama sori takleh wat leklok time speaking test aritu :(

and the last one 
 aku tak lupa kat hg taw. beliau ini Afiqah. bleh panggil Iqa. hari tu mai perlis siap wat surprise lagi haa. sampai terhantuk kepala aku kat keta. Iqa nie agak masok ayaq sikit la. hahaha. dulu aku slalu panggil beliau camni. tapi beliau tak marah pown. sori na. aku da cari pic hg yang pakai baju koprat gak. tapi tak jumpa. nanti da dapat mini cooper tu, jangan lupa bawak aku na. jangan risau tayar keta hg tak pancit nya. hehehhe. jangan menyerah kawan. kejar cita-cita anda. takdak rezeki kat sini. insyaAllah nanti ada.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
to my all Ryzul's Brothers. 
Selamat Hari Raya Aidilfiri Maaf Zahir dan Batin.
sori kalau sepanjang kita kenal dah 3 sem nie,
aku banyak sangat sangat wat salah kat hampa suma.
nak pos kad raya dah tak sempat da. 
sama ada aku sengaja atau secara aku tak sengaja.
terguris, tercamdek, terkutuk, tertendang, terperli, terpaku, tercium,
dan segala jenis TER la. aku mintak maaf sangat kawan2.
hampa sume pown taw perangai aku macam mana kan.
sori sangat naaa. nanti mai la rumah aku. 
aku masak special nya. hehehe.
satu lagi, raya , raya jugak la. pas raya nie kita ada test
jangan lupa study na. sama sama kita berjaya !
TOGETHER WE BORN, TOGETHER WE SUCESS

Selamat Hari Raya Aidilfiri Maaf Zahir Batin


4 comments:

  1. wah... suke bacee blog nie... wat tersentuh jer... hafeez, bond la bkan born... sat, maner PR n ABANG

    ReplyDelete
  2. blah la nak tersentuh. hehe. nie untuk para ryzul's sahaja !

    ReplyDelete
  3. tarmizi too cool ka?? sporting ka??? haha~~ bangga awek mizie owg penang na. hai owg kampung.. :D

    ReplyDelete
  4. wei mari laa~~~ set time set tmpat . wa trun ~~~
    slamat hari raya . maaf zahir dan batin ... buuu~~~

    ReplyDelete