Saturday, April 21, 2012

Plastik dan Getah

ASSALAMUALAIKUM

damn aku kena lagi ! masa otw nak pegi solat jumaat semalam,
ada sorang jiran dalam kampung nie, tegor aku.
pangkat makcik jugak la. tapi memula dya panggil aku adik . =.='


makcik : adik , lama tak nampak ?
aku : ouh . baru balik cuti sem makcik ( padahal dekat sebulan dah )
makcik : tingkatan berapa skang ?
aku : err.. sem 4 makcik nak masok 5 dah . ( muda lagi aku nie.. hehe.. )
makcik : amek kos apa ?
aku : ( ah sudah, kalau aku jawab polymer mesti makcik taktaw ) errr.. plastik getah makcik..
makcik : haaaaa ??
aku : PLASTIK GETAH !! ( bukan jerit tp tinggikan suara sikit.. haha )
makcik : okeh2. p solat dulu :)
aku : okeh :)


__________________________________________________________________________________


Dear makcik :


mari saya nak kongsi kan serba sedikit tentang kos saya.
*dengan makcik kena guna saya, takleh guna aku :D


Ok makcik, makcik perasan tak selama nie bawah botol air mineral yang makcik selalu minum tu ada lambang segi tiga macam recycle tu . dalam lambang tu ada number. dan pernah tak makcik belek bawah botol sabun kat umah makcik tu ? tak pernah ? makcik mandi tak nie ? hehehe.


Sometimes orang ingat number kat bawah tu indicates berapa banyak kali botol air tu boleh di recycle. even saya sendiri pon ingat macam tu makcik. but lepas masok kos polymer nie, baru saya taw yang number tu menunjukkan jenis2 plastik yang digunakan untuk bottle2 tertentu. dalam kata lain, it is plastic identification number.

skang saya nak share ngan makcik identification number nie. tapi secara general la. kalau makcik nak lagi mendalam ce makcik apply kos saya nie. mana tahu bleh dapat ? :)


1 - Polyethylene Terephthalate : 
mostly makcik akan jumpa number 1 nie dekat bawah botol air mineral. kalau makcik tak caye , ce pegi beli  air mineral pastu ce tengok. kalau makcik nak lagi best pegi beli air tropikana twister. bleh minum. lagi sedap dari air mineral kan ? hehehe.


2 - High Density Polyethylene :
haaaa, untuk yang number 2 nie pulak makcik akan jumpa time makcik mandi. selalunya ada dekat botol sabun mandi, botol sabun basuh baju, syampoo. makcik pakai syampoo ape ? pakai la Sunsilk sebab pakar rambut sedunia, Thomas Thaw pon syorkan pakai syampoo nie. iklan kat tv slalu tunjuk. hehehe. 

3 - Polyvinyl Chloride :
kalau makcik nampak PVC ja mesti makcik ingat pipe PVC kan ? yup ! tepat skali. mostly penggunaan PVC nie dalam piping. PVC nie guna dalam piping sebab sifat dya yang tahan karat , therefore boleh la ganti penggunaan besi. plastic mana karat kan ? lagi satu sebab dya nie good weathering resistance. kuat pulak tu. tapi tak pasti pulak kat pipe tu ade tulis number nie ke tak. PVC jugak guna untuk electric cable, some for window and door frames.


4 - Low Density Polyethylene :
number 4 nie saya jumpa dekat plastic yang wrap P1 Wimax punya modem tu. kalau makcik nak taw plastic nie camna , pegi la subscribe P1 nie. hehehe . pernah jugak jumpa dekat file plastic. makcik carik ye sampai jumpa. kalau ada, ada la rezeki makcik :)


5 - Polypropylene :
siyesly makcik, saya cuma jumpa number nie dekat bekas air kat rumah saya nie. bekas air kuat, boleh tahan suhu air panas. Melting point PP nie lebih dari 100 degree celcius and so it can withstand boiling water. makcik nak bancuh milo panas ke , kopi panas ke, semua boleh..

6 - Polystyrene :
this some of common plastic yang kita taw. even budak sekolah rendah pon dah taw. mana tak nya , bekas makanan kebanyakannya kita guna polystyrene . kalau pegi pasar malam tu tak payah cakap la kan makcik. makcik beli nasik tomato ayam madu ke, mee goreng ke, nasik ayam ke, most of them use this kind of plastic. satu lagi makcik akan jumpa number nie dekat bekas whipped potato ngan coleslow KFC . 

7 - Others :
ok yang number nie tak pernah jumpa lagi kat mana2 jenis plastic. haha. tapi boleh ja nak share dengan makcik jenis2 plastic yang di kategorikan sebagai other nie. Plastic selain di atas , as example like polycarbonate, nylon, fibreglass and so on. boleh jumpa dekat plastic lumber application, safety shield/glass and headlight lenses.

__________________________________________________________________________________ 

thats all untuk makcik. tu je yang saya boleh share ngan makcik. sebenarnya banyak lagi kegunaan plastic2 nie tapi saya cuma bagi apa yang saya ingat dan taw je ye makcik. hohoho. sebarang ketidakfahaman makcik boleh rujuk kat sini : LINK

*harap2 makcik tu baca blog aku :) 

1 comment: